<!--[if gte mso 9]>
Menghirup udara segar dimalam hari...
SubhanAllah..nyaman terasa. .Nikmat ini adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya..
Tak terhitung...
Apabila keseorangan fikiran kembali melayang mengenangkan mereka-mereka yang berada disekeliling...
Kakak, Abang, Adik lelaki dan ma abah.Inilah yang berada disekelilingku semasa cuti ini bertandang...
Semasa kuliah yang berada disekeliling aku pula, yang pertama sekali aku akan tengok time buka mata adalah roomate aku sendiri, lepas itu menjalankan ibadah wajib dan bersiap sedia untuk ke kelas dan pastilah rakan-rakan kelas pula yang akan aku temui...seperti biasa tak sah kalau takde assignment,..
Itu masa kat ipg...
Tapi Sekarang musim cuti sekolah, bercuti di rumah..even semua adik-beradik aku duk jauh-jauh...
Alhamdulillah kami semua masih berhubung...
Maklumlah semua ada akaun facebook, menerusi closed group banyaklah benda yang kami lakukan...
Tak tahan gelak bila ada post2 yang mencuit hati, komen2 yang agak panas?
Taklah panas sangat, cukuplah nak berguru senda,
Oh keluarga ku...sungguh aku merasa bertuah diberi peluang oleh Allah untuk berada disamping kalian..
tapi sebelum itu aku nak hulurkan sekalung apresiasi kepada Abah, lima orang abang aku...
Nak tahu sometime aku jelous bila nampak kengkawan yang banyak kawan lelaki, ada best friend lelaki.couple pastu btahan untuk btahun2 lama,
tapi last2 bila fikir balik kenapa aku nak semua itu? aku tak cakap semua benda itu salah. Aku Tak nafikan ada hati nak jugak dengan merasa apa yang kawan-kawan miliki. Bila berfikir balik buang masa jugak aku ni untuk fikir semua benda-benda itu. Masa muda aku bukan untuk itu, mungkin ada sesetengah yang berpendapat mereka nakkan teman, nak seseorang yang boleh mendengar masalah, nak itu, nak ini...Sebenarnya itu bukan alasan untuk selesaikan masalah. Baiklah terpulang kepada tuan punya badan,
Apa-apa pun Sebenarnya aku dah memiliki sesuatu yang sangat berharga yang telah aku miliki...
Merekalah abang2 aku dan especially Abah...
Diorang dah jadi bestfriend aku, dah jadi pelengkap bagi apa yang aku nak...
Cuma tinggal aku lagi untuk mensyukuri pemberian dari Allah dan menghargai..
...
...
...
....
...
...
...
Alhamdulillah, aku tak tahu macam mana nak cerita kebaikan diorang..terutama abah. Kalau aku cerita satu2 tak habis jugak aku menulis..
Alahai dah touching....
Tapi nak showing satu benda yang abang aku sendiri design untuk kami-kami...yang pasti aku memang like...like..like banyak kali
Terlalu istimewa...nice.
Untuk mereka yang dah berkeluarga dan bakal berkeluarga...
Agak2 mana satu yang bakal berkeluarga...
ce teka..
Apa-apapun ketahutilah Allah itu Maha Adil...Kita sebagai hamba-Nya telah dikurniakan dengan pelbagai nikmat, Syukuri apa yang ada. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan Hamba Allah yang beruntung di Akhirat kelak InsyaAllah
No comments:
Post a Comment