Assalamualaikum....
Post kali ini memberi salam...
Rasanya belum terlewat untuk aku bercerita tentang awal Muharram untuk post kali ini,
Diam tak diam kita semua dah melangkah ke 1433H...
Alhamdulillah nikmat Iman dan Islam masih Allah kurniakan pada diri ini.
Awal pagi lagi semasa 30 dzulhijjah, Ma dah hantar sms untuk mengingatkan aku dengan kakak aku untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun.
Terharu pulak aku dengan ma...walaupun Ma berada di kampung dan puterinya ini belum pulang ke rumah atas sebab program yang belum dapat ditunda, Ma masih mengingati anak-anaknya..
Melangkah ke tahun baru Islam 1433H, ada jugak rakan-rakan yang menghantarkan sms mengucapkan selamat menyambut awal Muharram, paling tak boleh lupa bila kawan baik call aku. Wow terlepas sedikit kerinduan ni pada dia,.InsyaAllah di tahun baru ini semoga Allah mengeratkan lagi ukhwah diantara kita..
Sesungguhnya Awal Muharram ini mengajakkan kita semua untuk lebih meningkatkan kualiti ibadah dari baik kepada yang lebih baik, mengajak diri untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa..
InsyaAllah..semoga hidayah Allah akan menyinari setiap langkah kehidupan untuk hari-hari yang mendatang
Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
No comments:
Post a Comment