Sometime saya suka menulis
Tetiba terfikir nak muatkan dalam blog
Percubaan menulis yang pertama
enjoy
mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku
reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta
Lagu yang dimainkan
oleh Miza menggugah ketenangan Nisa. Nisa bangun dari kerusinya lantas keluar
dari bilik tersebut. Tak sanggup rasanya untuk mendengar lagi lagu nyanyian Dadali.
Lagu tersebut mendera perasaan dirinya sendiri. Mengingatkan kembali dia pada
insan tersebut, juga tentang kisah antara Anisa dan dia.
Anisa menghirup udara
petang itu, cuba untuk meraih kembali ketenangan yang didamba, disamping cuba
menghilangkan kepalanya yang agak berserabut dengan persoalan dan hatinya yang
rawan. Namun sia-sia, matanya belum puas menangis, kerongkongnya sudah sakit
menahan sebak. Akhirnya empangan air matanya pecah lagi.
“Awak dah berubah
sampai macam itu?”
Kenapa awak tak tunggu
saya?”
Saya terlewat sampai
tak nak tunggu?
Atau awak memang tak
boleh sabar”
Pelbagai persoalan
muncul di benak hati Anisa. Anisa
melontarkan pandangannya pada pemandangan luar kawasan Prima. Dia sendiri tidak
menyedari sudah beberapa kali tempat ini dikunjunginya untuk melarikan diri daripada
keadaan yang mendesak,
Juga untuk dia berseorangan. Namun apa yang menjadi beban
pada fikirannya kini adalah kerana kisah yang berlaku beberapa hari lepas.
Mungkin pada pandangan orang hal ini sememangnya perkara kecil namun bagi Anisa
yang merasainya, membuatkan hari-hari yang dilalui untuk beberapa hari seperti
hari yang kosong. Ibadahnya menjadi kontang-kanting, mujur minggu ini merupakan
masa cuti semester, tetapi Anisa memilih untuk berada diasrama sahaja.
…
Satu persatu gambar
Fahmi dan perempuan yang tidak dikenali lalu pada mata Anisa dilaman facebook. Bagaikan
tidak percaya dengan apa yang dilihat namun ini hakikatnya. Mouse terus
dihalakan pula pada bahagian wall. Madah cinta, sapaan morning call antara
Fahmi dan perempuan tersebut, memenuhi ruangan wall Fahmi.
Anisa terkedu dengan
apa yang dilihat, dadanya berombak dengan pelbagai perasaan.
Lantas bibir
mengucapkan istighfar beberapa kali, sambil mengurut dadanya.
…
Air mata Anisa semakin
deras, memang hatinya sakit, memang dia kecewa, memang dia marah, namun puaskah
dia bila perasaan itu dimenangkan? Apa Fahmi akan merasa apa yang dirasakan?
Apa hatinya akan terubat? Anisa sendiri hairan mengapa air matanya begitu murah
untuk mengalir.
Permulaan antara dia
dan Fahmi hanyalah sebagai kawan sekolah. Namun mereka mempunyai perbezaan umur,
Fahmi di tingkatan lima, dan dia di Tingkatan empat. Sikap Fahmi yang begitu
mesra dengan ibunya membuatkan hati Anisa terusik. Namun mereka berdua tidak
pernah rapat apalagi untuk berbual sesama sendiri.
Anisa sendiri akan melarikan
diri atau bersembunyi apabila terserempak dengan Fahmi. Ada juga beberapa kali
diusik oleh abangnya atau ayahnya sendiri perihal Fahmi.
Anisa hanya diam dan
ikut berseloroh dengan usikan mereka. Mengganggapnya hanya gurauan walaupun hatinya
sendiri mengiyakan.
Umurnya pada waktu itu
baru menjangkau 16, mana mungkin seawal usia itu dia perlu melibatkan diri
dengan hal sebegitu. Hal remeh temeh yang mungkin mengganggu tumpuannya dalam
pelajaran.
Berada disekolah agama
benar-benar mendidik dirinya untuk patuh dengan peraturan yang ditetapkan seperti
menutup aurat, memakai tudung labuh, bersembahyang lima waktu di masjid,
membaca Al-Quran, dan banyak lagi. Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga
diperketatkan. Maka Anisa yakin Fahmi yang juga berada di sekolah yang sama
mengerti akan apa yang telah diajar oleh para ustaz dan ustazah.
Ada juga beberapa
orang rakanya yang dikenakan masalah disiplin kerana masalah couple. Memang pihak sekolah bertindak untuk
mengharamkan demi mengelakkan keadaan yang lebih teruk terjadi.
Untuk beberapa ketika
selepas tamat Fahmi tamat melanjutkan pelajaran disekolah , Anisa meneruskan
hari-harinya seperti biasa dan apabila
tamat spm.
Anisa menyambung pelajarannya di Universiti. Dia dan Fahmi
seperti tiada apa-apa dan keadaan berjalan seperti biasa.
Melalui Facebook Anisa dan Fahmi mula berhubung. Namun tarbiah
yang masih lagi menjadi pegangannya membuatkan Anisa merenggangkan perhubungan
antara dia dan Fahmi. Anisa yakin Fahmi sendiri menyedarinya. Kadang-kadang ada
juga usikan, gurauan yang berbaur couple namun Anisa pula cepat-cepat
membawanya kepada topik lain. Ada juga sesekali Fahmi meminta nombor telefonnya
namun pelbagai alasan diberikan.
Kini, Anisa tidak
mengerti apa yang telah terjadi pada Fahmi. Setelah pulang dari cuti dan
apabila akaun facebook dibuka dan lalu ke wall Fahmi, Anisa melihat, membacanya.
Hati Anisa menjadi
remuk. Ini kali pertama Anisa benar-benar jatuh cinta, dan bagi Anisa sendiri Fahmi
mungin merasai apa yang dirasai namun tanpa diketahuinya rupa-rupanya Fahmi
tidak seperti yang disangakakan.
Dan apa lebih
mengejutkan gambar diantara Fahmi dan perempuan tersebut. Apa Fahmi sudah lupa
dengan apa yang diajar disekolah tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Selama perkenalan mereka di alam maya, Anisa cukup membayangkan Fahmi masih
seperti yang dikenalinya. Namun rupa-rupanya Fahmi juga sama seperti rakan-rakan
lainnya. Harapan Anisa agar dia dan Fahmi bercinta selepas kahwin???
Tapi apa yang Anisa lihat saat ini, ia tidak
lebih dari sekadar angan-angan.
…
Anisa berjalan
mengikuti Fariza yang membawanya keluar ke Tasik pada petang itu. Pada mulanya
Anisa menolak namun setelah dipaksa oleh Fariza maka Anisa mengikuti sahaja
memandangkan sudah genap seminggu dia tidak kemana-mana.
“Saya perasan dengan
perubahan awak semenjak dua menjak ni. Saya ajak pergi masjid tak nak, bila
saya pergi bilik awak, awak takde, usrah pun awak tak datang. Awak lagi banyak
diam. Saya sahabat Anisa. Masalah Anisa masalah saya, sakit Anisa sakit saya. Rasa
tak senang kalau sahabat kita rasa sedih. Tak nak kongsi dengan saya?”
Anisa merenung wajah
sahabatnya. Sampai begini sekali Fariza mengambil berat tentang dirinya.
“Za tahu kan selama ni
Nisa cuba untuk berpegang tak nak couple?” Anisa memulakan bicara meluahkan
masalahnya.
“Tapi bila keadaan tak
berlaku macam apa yang Nisa harapkan, pegangan itu macam dah nak goyah”
“Pasal lelaki yang
Anisa citer itu” potong Fariza untuk mengagak perkara yang berlaku.
Anisa hanya mampu
menggangguk
“Anisa sebagai manusia
ada perasaan itu. Dan itu buatkan Anisa berharap sangat-sangat kat dia. Dia
rapat dengan mak, buat Nisa rasa yakin dia mungkin sukakan Nisa. Bila dengan
dia, Anisa rasa gembira, seronok. Anisa jarakkan hubungan kami. Dia mintak
nombor fon tapi Nisa tak bagi. Nak chat kat fb pun Nisa offline. Anisa tak nak kami cemari hubungan ni dengan
bercouple. Anisa tak nak kami cinta tu, cinta ni tapi last-last kalau kahwin
cinta itu berlandaskan maksiat. Tapi tak sangka pulak bila Anisa berenggang
dengan dia, rupa-rupanya dia ada perempuan lain.
Fariza diam dan cuba untuk
memahami apa yang sahabatnya cuba luahkan.
“Kadang-kadang Nisa rasa
Nisa yang salah. Kalau dari dulu Nisa terima dia mungkin Anisa takkan
terlambat.”
Fariza mencapai tangan
sahabatnya lalu dipegang erat. Anisa mendamba seseorang untuk dirinya dikasihi.
Ruang hatinya yang kosong dipenuhi dengan pengharapan kepada kasih seorang
lelaki.
“Anisa yakin dia
sayangkan Nisa?” Terjeda Anisa dengan pertanyaan yang dilontarkan.
“Kalau dia sayangkan
Nisa dia takkan lukakan hati Nisa, dengan seikhlas hati dia terima Anisa. Kalau
betul dia ikhlas, dia takkan ajak ke arah maksiat, Dia tahu untuk melengkapkan
dirinya terutama lagi tanggungjawabnya untuk Anisa bila melangkah ke alam
perkahwinan.
Pernahkah dia terfikir
semua itu, saat ini Anisa merasa sia-sia dia memikirkan soal Fahmi. Kerana
Fahmi dia rela berada berjam-jam lamanya di fb untuk berchat dengan Fahmi,
tumpuannya dibilik kuliah pula jatuh memikirkan Fahmi, segalanya Fahmi dan
akhirnya dia sendiri mencipta harapan sedangkan Fahmi tidak pernah menjanjikan
apa-apa.
“Kita adalah perempuan,
hidupnya bukan bergantung pada lelaki semata-mata. Allah menciptakan kita
dengan penuh keistimewaan. Tanpa kita mereka takkkan lahir ke dunia. Kita takkan jatuh hanya kerana seorang
lelaki.
Terasa air yang dingin
menyirami hati Anisa. Muhasabah dirinya apabila mendengar kata-kata tersebut.
Lantas Fariza dipeluk meluahkan lagi tangisannya . Habis basah tudung Fariza
kerana air mata yang keluar.
***
Anisa menguak daun
pintu perlahan-lahan selepas pulang dari Masjid bersama Fariza dan rakan-rakan.
Roomatenya Miza tidak berada dibilik kerana pulang ke kampung. Tenang dirasa
selepas masalahnya beransur sepi. Alhamdulillah hari-harinya kini diisi dengan
aktiviti bersama rakan usrah. Ukhwah diantara dia dan Fariza pula semakin erat.
Sesungguhnya ukhwah itu menyimbah kebahagiaan pada hati Anisa kerana punya
sahabat yang mengingatkan dia kepada Allah, kepada sirah Rasulullah S.A.W dan
para sahabat yang membangkitkan kekaguman pada dirinya untuk mencontohi mereka
juga tentang tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah diatas muka bumi. Hakikatnya ia adalah pengabdian kepada Allah. Allah SWT berfirman:
Tidak Aku
ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah.
Surah Adz-Dzariyat ayat 56
Firman Allah
benar-benar memujuk hati Anisa. Terlalu didamba cinta seorang lelaki namun
Cinta Allah pula entah kemana. Tekad dikuatkan agar hati lebih cenderung untuk
mencintai Allah.
‘Cinta-Ku berhak untuk
orang-orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk untuk orang yang
saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling
berkunjug kerana-Ku.” Orang yang bercinta kerana Allah berada diatas mimbar
daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungankecuali
naungannya.”
(Riwayat
Ahmad)
Anisa merenung kembali bait lagu nyanyian
Dadali . Part r/p menarik perhatian Anisa. Seolah-olah Fahmi yang menuturkan
kata tersebut
semoga engkau kan mengerti
tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai
akan indahnya cinta
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
Ya Allah pandu hati
ini. Anisa perempuan. Anisa mahu bahagia dalam cinta menujuMu. Menjadi hamba-Mu
yang bertaqwa dan supaya Rasulullah bisa
senyum melihat umatnya. Supaya ibu ayah punya saham akhirat yang besar kerana
memiliki anak yang solehah, supaya keluarganya, dan semua yang disekelilingnya
bersama disyurga.
“Sesungguhnya yang
paling mulia antara kamu adalah yang paling bertaqwa”.
(Surah
al-Hujurat 49:13)
No comments:
Post a Comment