Ceritakan
aku pada sebuah kisah
Adakah
sebuah kehidupan itu bermula dengan kezaliman
Mengapa
mereka bunuh ibu, bawa ayah pergi
Setiap hari
aku menanti kepulangan ayah
namun hanya penantian sebagai jawapan
Ceritakan
aku pada sebuah kisah
Benarkah
kata mereka
aku ini pengganas?
mengapakah
huluran senapang yang dihulurkan tika mereka datang
Malah aku
dikasari, Aku bertanya kenapa
Akhirnya aku menangis menahan kesakitan
Ceritakan
aku pada sebuah kisah
adakah
kehidupan itu mesti diwarnai dengan merah darah
Disambut
dengan bunyi teriakan tangisan
bom yang
meletus disana sini tak kenal mangsa
Dan akhirnya
bergelimpangan mayat tak berdosa
Ceritakan
aku pada sebuah kisah
bilakan
tiba keamanan?
Bilakan
tiba ketenangan?
Ingin benar
aku hidup dimuka bumi ini dengan damai
Keluargaku
menemani
Namun
terkapai-kapai aku menahan rasa gelora kehilangan segalanya
Ceritakan
aku pada sebuah kisah
Jika benar
hidup ini cuma untuk tangisan, derita, kezaliman
Maka biar
aku berjuang demi mencari jawapan pasti tentang kehidupan dunia ini
Jika dunia
in tiada lagi kemanusiaan
biar aku
berjuang menentang yang batil bersama yang sudi
Kerana
mungkin hidup didunia cuma untuk persinggahan
Biar aku syahid
berjuang demi syurga hakiki
8.46 p.m
IPG KAMPUS
DARULAMAN
No comments:
Post a Comment