Thursday, July 19, 2012

Ramadhan

Alhamdulillah...
Hari ini bersamaan dengan 30 syaaban 1433 dan Insya Allah esok seluruh umat Islam akan berpuasa dan itu bermaksud menjelangnya I Ramadhan...

Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Dengan baki sehari lagi bulan Syaaban semoga Allah terus memanjangkan umur ini untuk sampai kepada bulan Ramadhan...

Kerana didalam bulan Ramadhan itu terhimpun banyak kelebihan
Maka peluang keemasan ini perlu direbut sebanyak-banyaknya agar menjadi bekalan untuk 11 bulan mendatang juga sebagai bekal diakhirat nanti..
Nak menambah jugak dalam bulan Ramadhan inilah terhimpun segala kasih sayang, Cinta Allah untuk hamba-Nya... Pengampunan, Keredhaan, Kebaikan, Kesejahteraan, Syurga segalanya dalam bulan mulia ini.
Jom kita sama-sama pertingkatkan amalan didalam bulan ini. InsyaAllah semoga Allah menerima segala amalan kita dalam usaha menjadi hamba Allah...
supaya di akhirat nanti kita bisa bercerita panjang di hadapan Allah..
Amin...

copyright from http://langitilahi.com/9240

Tips – 3 Langkah Untuk Skor Ramadhan Dengan Cemerlang

[1] –  Bijak Merencana Strategi dari aspek perancangan dan perlaksanaan.

Perkara ini adalah perkara utama dan sangat-sangat penting. Mukmin yang bijak dan pintar adalah mukmin yang berstrategi dalam segala urusan hidupnya. Tentunya, peluang menghadapi Ramadhan ini setahun sekali. Jika melaluinya hanya cincai-cincai, “melepas batok di tangga” dan sambil lewa, kita akan mengalami kerugian yang besar.
Contoh strategi ialah :- ingin menghatamkan Al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadhan. Bagi, yang berstrategi dan bijak – mereka akan letakan target bacaan yang harus dihabiskan dalam sehari, seminggu dan sebelum. Mithalannya, sehari perlu habiskan 1 juzuk. Untuk itu, sebagai kiraan mudah seseorang disiplinkan diri membaca Al-Quran  sekurang-kurangnya 2 helai sebelum dan 2 selepas solat fardu. 4 helai untuk satu fardu. Puratanya  satu juzuk adalah 20 helai. Jadi, 4 helai dikalikan dengan 5 waktu fardu maka jadinya 20 helai.

[2] – Tidak terlalu memberatkan diri. Bersederhana, agar tidak penat.

Baik, bersederhana adalah kunci kepada istiqamah. Biasannya, kita akan bersemangat di awal Ramadhan. Kemudian, lama-lama hari yang berlalu – semangat itu kian pudar. Ada orang begitu pulun dan rancak membaca Al-Quran pada 1 Ramadhan sehingga berjuzuk-juzuk. Kemudian, dia rasa letih dan penat.
Justeru, kita harus meletakan mind setting, bahawa perjalanan kita jauh dan bersederhana itu sangat-sangat penting. Pentingkan kualiti dan mutu ibadah kemudian, jika mampu gandakan kuantitinya.

[3] – Harus Melihat Ramadhan bukan sebagai bebanan, tetapi hadiah daripada Tuhan.

Ada sesetengah kita begitu terbeban dengan Ramadhan. Kena berpuasalah, kena pantang itu. Kena pantang ini. Banyak perkara yang disukai nafsu menjadi terbatas dan terhalang. Oleh itu, hal ini harus diamati dengan sebaiknya.
Ramadhan perlu dijadikan sesuatu yang istimewa dan berharga. Ia bukannya bebanan tetapi, ia adalah hadiah daripada Tuhan. Hadiah daripada Allah SWT buat hamba-hamba-Nya. Justeru, bayangkan bagaimana kita menerima hadiah daripada seseorang? Hati teruja, gembira dan keseronokannya tidak tergambar. Oleh itu, begitulah yang harus kita rasai disaat menerima Ramadhan dalam kehidupan kita.
Seronok. Gembira dan Ceria!
3 Tips ini, mari kita rencanakan ia sebagai persediaan untuk kita skor sebaik mungkin untuk Ramadhan kali ini. Saya benar-benar yakin, jika kita berusaha – insyaAllah kemanisan dan kenikmatan Ramadhan akan dikecapi.

No comments:

Post a Comment