Pagi ini merupakan kelas terakhir aku dengan dengan Tuan Haji Suberi untuk subjek Ilmu Pendidikan.
Minggu depan dah start study week dan diikuti dengan exam yang akan berjalan selama 2 minggu…
Tapi untuk kelas terakir ni aku rasa sangat bertuah sebab Tuan Haji bagi nasihat yang sangat berharga untuk student-studentnya tentang KEHIDUPAN.
Bertepatan dengan nama blog aku SETIAP HARI DALAM KEHIDUPAN.
Sebelum itu, Tuan Haji pesan kalau boleh dia nak hamba Allah yang akan dia ceritakan sebentar lagi ni dijadikan contoh untuk kami semua.
Cerita berkisarkan seorang hamba Allah yang bernama Mas Afzal. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti of Sheffield pada tahun 2001 dalam bidang medic.
Selepas beberapa ketika doctor telah mengesahkan beliau menghidap penyakit kanser. Tapi apa yang menghairankan biarpun menghidap penyakit kanser namun kehidupannya diteruskan seperti biasa. Pergi kelas, study seperti biasa dan seolah-olah penyakit yang dialami bukanlah alasan untuk mensia-siakan kehidupan. Malah beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergelar doktor. Akhirnya pada tahun 2010 beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sejenak aku terdiam dengan apa yang Tuan Haji citer. Kagumnya aku pada hamba Allah yang bernama Mas Afzal ni. Walaupun sakit tapi sisa-sia hayat beliau dihabiskan dengan sesuatu yang sangat bermanfaat. Bila tengok video-video yang ditunjukkan oleh Tuan Haji berkaitan dengan Dr Mas Afzal, rata-ratanya berkisarkan tentang kebaikan, dan sumbangan yang dia telah dilakukan sepanjang hayat dia. Bila ditanya pada kawan-kawannya berkaitan dengan peribadi Mas Afzal semuanya memberikan komen yang positif.
Tapi apa yang nak aku perkatakan kat sini Dr Mas Afzal ajar aku nilai untuk
Tak Berputus Asa.
Walaupun disahkan menghidap penyakit kanser namun itu tak mematahkan semangat di.Dia lawan sakit yang dialami, dan mampu hidup normal macam orang lain. Dia teruskan kehidupan yang Allah kurniakan sehinggalah berjaya menamatkan pelajaran, bergelar doktor dan berjasa kepada orang lain. Dia manfaatkan peluang kehidupan yang ada dengan semaksimum mungkin, dan hidup dia diisi dengan pelbagai benda-benda kebaikan.
Dalam kehidupan aku... Alhamdulillah, aku bersyukur bila diberi nikmat sihat, setiap pagi aku masih diberi peluang oleh Allah untuk bangun dan meneruskan kehidupan. Tapi apa yang aku dah isi dalam hari-hari yang aku lalui. Kadang-kadang bila ujian datang cepat nak mengeluh, cepat nak melatah. Istighfar.... Banyak sumbangan yang dia dah berikan, sampaikan keluarga, sahabat-sahabat dia sentiasa menyebut-nyebut tentang semua kebaikan yang telah dilakukan.Dalam montajnya ucapan ini terkesan pada aku dan sahabat-sahabat
Jangan diucap selamat tinggal
Tapi..
Semoga bertemu lagi
Di jannatul Firdausi
Tak ketinggalan dengan kata-kata yang dia ucapkan kat blog
'Allah certainly has unique ways to show His love. I hope I will not lose my chance..'
Mas Afzal seorang yang sangat tabah, cekal hadapi ujian hidup...
subhanaAllah...
Mudah-mudahan beliau berbahagia bersama dengan Allah dan semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin!!!
habis je kelas Tuan Haji, banyak benda yang perlu aku lakukan, dan nasihat daripada Tuan Haji sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan.
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusanku, agar kehidupan tak sia-sia
Di akhirat nanti ada bekal yang cukup disediakan..
No comments:
Post a Comment