Seharian aku diam memikirkan kembali kisah yang terjadi ..
Banyak sangat fikiran yang merasuk minda kononya nak memuaskan hati yang sakit..
Biar berkali-kali aku cuba untuk berprasangka baik pada mereka namun kisah yang sama terjadi..
Alahai rapuhnya hati ini dalam menempuh ujian yang diberikan
Namun hakikatnya dia tak salah dalam hal ini..
Apa yang dapat aku katakan apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya..
Dan sesungguhnya Allah sedang menguji aku dengan ujiannya..
Cerita bermula bila dia cakap dia nak bawa aku jalan2 hujung minggu. Aku dengan excitednya terus menanti hujung minggu dan dah berangan tentang keseronokan yang bakal aku alami..namun it wasn’t like I hope. There’s one word I can say (CANCEL)
Fine!!!! start dari sana hati aku memang remuk redam, harapan yang disandar berkecai macam itu je..dalam hati hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa..
Aku plak ikut perasaan dengan biarkan sms dia tak berbalas mohon maaf..
Huh for a long time I trust them and try to make everything become fine but now this is I get…
Eventhought sakit hati cuba bersarang kat dalam diri namun syukur Alhamdulillah Allah masih ingatkan diri ini untuk cuba bersifat dewasa dan berhenti ikutkan perasaan..
Apalah nak dibandingkan sangat dengan apa yang aku rasakan berbanding yang kat luar sana. Terutamanya saudara Islam kita iatu rakyat Palestin. Mereka lagi menderita..
Dan saat itu juga aku sedar
“ tinggi mana harapan aku, tinggi lagi harapan rakyat Palestin untuk menanti diselamatkan daripada kekejaman melampau yang mereka tanggung”
Itu hakikatnya..macam aku, aku percaya dan harapkan dia kotakan janji dia tapi last2…?
dan saudara Islam kita iatu rakyat Palestin menanti, menanti, berharap, berharap dan terus berharap kita akan membantu mereka. Tapi apa yang terjadi..? kita biarkan mereka hidup dengan harapan kosong, kita leka dengan hiburan yang melalaikan, dan hari2 kita terus diisi dengan kepentingan diri yang tak sudah..
aku terfikir Allah sebenarnya memberi peringatan kepada aku untuk cuba bersabar dalam menempuh ujian yang diberikan dan mengingatkan kembali kepada aku penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak explain apa penderitaan yang mereka hadapi tapi satu dunia pun dah mengetahuinya.
Dan persoalannya disini apa yang aku dah buat untuk bantu mereka?
Dan apa pula langkah yang kita telah lakukan?
Berdiam diri di depan kaca tv?
meneruskan kehidupan seperti biasa?
mengalirkan air mata apabila berita penderitaan mereka disiarkan di media tapi kembali semula kepada asal?
Tak...semua itu salah kerana jangan lupa sahutan daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"APABILA UMATKU TAKUT UNTUK MENGATAKAN TERHADAP ORANG YANG ZALIM, WAHAI SI ZALIM MAKA TUNGGULAH AKIBATNYA". Didalam riwayat yang lain : sabda Nabi S.A.W yang memerintahkan kepada umat Islam :
" SESIAPA YANG TIDAK MENGAMBIL PERHATIAN TERHADAP ORANG ISLAM MAKA DIA BUKAN DARI KALANGAN MEREKA"
No comments:
Post a Comment