Friday, October 18, 2013

Allah I need you

Saat aku sedih, rasa tak berdaya nak bangun semula, rasa down, rasa semuanya dah tak hiraukan aku, disitulah aku dah lemah untuk hidup.. aku betul2 rasa useless, tapi dalam pada aku rasa macam tu pun aku cuba tanamkan kembali bahawa Allah tak pernah tinggalkan aku. Malahan ini adalah ujian Allah untuk aku kembali semula kepada Allah.. jauh dalam lubuk hati ni aku bicara sendiri 

ALLAH I NEED YOU

Betapa saat aku lemah, takda orang pun yang boleh tahu apa aku rasa. Kalau nak luah pun, rasa tak ada orang pun nak dengar apa yang aku nak cakap. Malah nak faham isi hati aku ni pun tak mampu. tapi cuma Allah je tahu..ishk2.sedih ni..

Sejenak aku sedar tentang satu hakikat:

----------------------------------------
Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ujian. Diciptakan kita di atas dunia ini untuk diuji, untuk mengharungi ujian dan memilih antara kejayaan abadi atau kesenangan fantasi.

----------------
Sesungguhnya, aku memerlukan Allah
----------------

Manusia adalah lemah. Tidak berkemampuan dan tidak stabil. Sifatnya terkawal oleh sifat kalbu yang berbolak balik. Maka ada waktu dirinya kuat dan wujud pula masa dirinya lemah tidak larat. Hidup manusia juga turun dan naik. Bukan selamanya senang dan bukan setiap masanya susah. Tambah pula cabaran-cabaran kehidupan yang pelbagai seperti pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan sebagainya, semuanya cukup menjadi ‘rencah’ kepada kemasyghulan manusia dalam kehidupan.

Maka hendak tidak hendak, manusia memerlukan Allah SWT.

Allah yang Maha Kuat, Allah yang Maha Hebat, Allah Yang Maha Perkasa, Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Memerhati, Allah yang Maha Mendengar, untuk memerhatikan mereka. Dan sesungguhnya, Allahlah pembantu terutuh manusia yang mendkeat kepada-Nya.

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu(agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu” Surah Muhammad ayat 7.

Dan kita jugalah yang memerlukan Allah. Allah, Dia langsung tidak memerlukan kita.

“Tidaklah Kami yang meminta rezeki daripadamu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu...” Surah Toha ayat 132.

----------------
Penutup: Menunduklah wahai Faqir
----------------
Faqir itu, dari segi bahasanya, lebih bawah dari taraf miskin. Hal ini kerana, miskin masih mempunyai harta, cuma sedikit, cukup-cukup makan. Tetapi Faqir membawa maksud, langsung tidak mempunyai apa-apa sehingga terpaksa meminta.

Itulah dia kita di hadapan Allah SWT.

“Wahai manusia, kamulah yang faqir(sentiasa berhajat) kepada Allah, sedang Allah itu Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji” Surah Faatir ayat 15.

Maka menunduklah. Hanya yang menunduk, takut kepada-Nya, merapat kepada-Nya, yang mendapat kebaikan.

“...Dan akibat yang baik hanyalah untuk yang bertaqwa” Surah Toha ayat 132.

Menunduklah wahai Faqir. Kamu yang memerlukan Allah.
Sedang Allah langsung tidak memerlukan kamu.

--------------------------------
Petikan daripada salah satu artikel yang terdapat di dalam Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan

keep calm and stay strong..
Berulang kali aku cakap Allah I need you..really need you

No comments:

Post a Comment