Thursday, February 14, 2013

Cerpen # 1 Hati Anisa

Sometime saya suka menulis
Tetiba terfikir nak muatkan dalam blog 
Percubaan menulis yang pertama
enjoy

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu

kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

Lagu yang dimainkan oleh Miza menggugah ketenangan Nisa. Nisa bangun dari kerusinya lantas keluar dari bilik tersebut. Tak sanggup rasanya untuk mendengar lagi lagu nyanyian Dadali. Lagu tersebut mendera perasaan dirinya sendiri. Mengingatkan kembali dia pada insan tersebut, juga tentang kisah antara Anisa dan dia.

Anisa menghirup udara petang itu, cuba untuk meraih kembali ketenangan yang didamba, disamping cuba menghilangkan kepalanya yang agak berserabut dengan persoalan dan hatinya yang rawan. Namun sia-sia, matanya belum puas menangis, kerongkongnya sudah sakit menahan sebak. Akhirnya empangan air matanya pecah lagi.

“Awak dah berubah sampai macam itu?”
Kenapa awak tak tunggu saya?”
Saya terlewat sampai tak nak tunggu?
Atau awak memang tak boleh sabar”

Pelbagai persoalan muncul di benak hati Anisa.  Anisa melontarkan pandangannya pada pemandangan luar kawasan Prima. Dia sendiri tidak menyedari sudah beberapa kali tempat ini dikunjunginya untuk melarikan diri daripada keadaan yang mendesak,
Juga untuk dia berseorangan. Namun apa yang menjadi beban pada fikirannya kini adalah kerana kisah yang berlaku beberapa hari lepas. Mungkin pada pandangan orang hal ini sememangnya perkara kecil namun bagi Anisa yang merasainya, membuatkan hari-hari yang dilalui untuk beberapa hari seperti hari yang kosong. Ibadahnya menjadi kontang-kanting, mujur minggu ini merupakan masa cuti semester, tetapi Anisa memilih untuk berada diasrama sahaja.

Satu persatu gambar Fahmi dan perempuan yang tidak dikenali lalu pada mata Anisa dilaman facebook. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat namun ini hakikatnya. Mouse terus dihalakan pula pada bahagian wall. Madah cinta, sapaan morning call antara Fahmi dan perempuan tersebut, memenuhi ruangan wall Fahmi.
Anisa terkedu dengan apa yang dilihat, dadanya berombak dengan pelbagai perasaan. 
Lantas bibir mengucapkan istighfar beberapa kali, sambil mengurut dadanya.

Air mata Anisa semakin deras, memang hatinya sakit, memang dia kecewa, memang dia marah, namun puaskah dia bila perasaan itu dimenangkan? Apa Fahmi akan merasa apa yang dirasakan? Apa hatinya akan terubat? Anisa sendiri hairan mengapa air matanya begitu murah untuk mengalir.

Permulaan antara dia dan Fahmi hanyalah sebagai kawan sekolah. Namun mereka mempunyai perbezaan umur, Fahmi di tingkatan lima, dan dia di Tingkatan empat. Sikap Fahmi yang begitu mesra dengan ibunya membuatkan hati Anisa terusik. Namun mereka berdua tidak pernah rapat apalagi untuk berbual sesama sendiri. 
Anisa sendiri akan melarikan diri atau bersembunyi apabila terserempak dengan Fahmi. Ada juga beberapa kali diusik oleh abangnya atau ayahnya sendiri perihal Fahmi. 
Anisa hanya diam dan ikut berseloroh dengan usikan mereka. Mengganggapnya hanya gurauan walaupun hatinya sendiri mengiyakan.
Umurnya pada waktu itu baru menjangkau 16, mana mungkin seawal usia itu dia perlu melibatkan diri dengan hal sebegitu. Hal remeh temeh yang mungkin mengganggu tumpuannya dalam pelajaran.  
Berada disekolah agama benar-benar mendidik dirinya untuk patuh dengan peraturan yang ditetapkan seperti menutup aurat, memakai tudung labuh, bersembahyang lima waktu di masjid, membaca Al-Quran, dan banyak lagi. Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga diperketatkan. Maka Anisa yakin Fahmi yang juga berada di sekolah yang sama mengerti akan apa yang telah diajar oleh para ustaz dan ustazah.
Ada juga beberapa orang rakanya yang dikenakan masalah disiplin kerana masalah couple.  Memang pihak sekolah bertindak untuk mengharamkan demi mengelakkan keadaan yang lebih teruk terjadi.
Untuk beberapa ketika selepas tamat Fahmi tamat melanjutkan pelajaran disekolah , Anisa meneruskan hari-harinya seperti biasa dan apabila  tamat spm.
Anisa menyambung pelajarannya di Universiti. Dia dan Fahmi seperti tiada apa-apa dan keadaan berjalan seperti biasa.
Melalui Facebook  Anisa dan Fahmi mula berhubung. Namun tarbiah yang masih lagi menjadi pegangannya membuatkan Anisa merenggangkan perhubungan antara dia dan Fahmi. Anisa yakin Fahmi sendiri menyedarinya. Kadang-kadang ada juga usikan, gurauan yang berbaur couple namun Anisa pula cepat-cepat membawanya kepada topik lain. Ada juga sesekali Fahmi meminta nombor telefonnya namun pelbagai alasan diberikan.
Kini, Anisa tidak mengerti apa yang telah terjadi pada Fahmi. Setelah pulang dari cuti dan apabila akaun facebook dibuka dan lalu ke wall Fahmi,  Anisa melihat, membacanya.
Hati Anisa menjadi remuk. Ini kali pertama Anisa benar-benar jatuh cinta, dan bagi Anisa sendiri Fahmi mungin merasai apa yang dirasai namun tanpa diketahuinya rupa-rupanya Fahmi tidak seperti yang disangakakan.
Dan apa lebih mengejutkan gambar diantara Fahmi dan perempuan tersebut. Apa Fahmi sudah lupa dengan apa yang diajar disekolah tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan. Selama perkenalan mereka di alam maya, Anisa cukup membayangkan Fahmi masih seperti yang dikenalinya. Namun rupa-rupanya Fahmi juga sama seperti rakan-rakan lainnya. Harapan Anisa agar dia dan Fahmi bercinta selepas kahwin???
 Tapi apa yang Anisa lihat saat ini, ia tidak lebih dari sekadar angan-angan.

Anisa berjalan mengikuti Fariza yang membawanya keluar ke Tasik pada petang itu. Pada mulanya Anisa menolak namun setelah dipaksa oleh Fariza maka Anisa mengikuti sahaja memandangkan sudah genap seminggu dia tidak kemana-mana.
“Saya perasan dengan perubahan awak semenjak dua menjak ni. Saya ajak pergi masjid tak nak, bila saya pergi bilik awak, awak takde, usrah pun awak tak datang. Awak lagi banyak diam. Saya sahabat Anisa. Masalah Anisa masalah saya, sakit Anisa sakit saya. Rasa tak senang kalau sahabat kita rasa sedih. Tak nak kongsi dengan saya?”
Anisa merenung wajah sahabatnya. Sampai begini sekali Fariza mengambil berat tentang dirinya.
“Za tahu kan selama ni Nisa cuba untuk berpegang tak nak couple?” Anisa memulakan bicara meluahkan masalahnya.
“Tapi bila keadaan tak berlaku macam apa yang Nisa harapkan, pegangan itu macam dah nak goyah”
“Pasal lelaki yang Anisa citer itu” potong Fariza untuk mengagak perkara yang berlaku.
Anisa hanya mampu menggangguk 
“Anisa sebagai manusia ada perasaan itu. Dan itu buatkan Anisa berharap sangat-sangat kat dia. Dia rapat dengan mak, buat Nisa rasa yakin dia mungkin sukakan Nisa. Bila dengan dia, Anisa rasa gembira, seronok. Anisa jarakkan hubungan kami. Dia mintak nombor fon tapi Nisa tak bagi. Nak chat kat fb pun Nisa offline.  Anisa tak nak kami cemari hubungan ni dengan bercouple. Anisa tak nak kami cinta tu, cinta ni tapi last-last kalau kahwin cinta itu berlandaskan maksiat. Tapi tak sangka pulak bila Anisa berenggang dengan dia, rupa-rupanya dia ada perempuan lain. 
Fariza diam dan cuba untuk memahami apa yang sahabatnya cuba luahkan.
“Kadang-kadang Nisa rasa Nisa yang salah. Kalau dari dulu Nisa terima dia mungkin Anisa takkan terlambat.”
Fariza mencapai tangan sahabatnya lalu dipegang erat. Anisa mendamba seseorang untuk dirinya dikasihi. Ruang hatinya yang kosong dipenuhi dengan pengharapan kepada kasih seorang lelaki.
“Anisa yakin dia sayangkan Nisa?” Terjeda Anisa dengan pertanyaan yang dilontarkan.
“Kalau dia sayangkan Nisa dia takkan lukakan hati Nisa, dengan seikhlas hati dia terima Anisa. Kalau betul dia ikhlas, dia takkan ajak ke arah maksiat, Dia tahu untuk melengkapkan dirinya terutama lagi tanggungjawabnya untuk Anisa bila melangkah ke alam perkahwinan.
Pernahkah dia terfikir semua itu, saat ini Anisa merasa sia-sia dia memikirkan soal Fahmi. Kerana Fahmi dia rela berada berjam-jam lamanya di fb untuk berchat dengan Fahmi, tumpuannya dibilik kuliah pula jatuh memikirkan Fahmi, segalanya Fahmi dan akhirnya dia sendiri mencipta harapan sedangkan Fahmi tidak pernah menjanjikan apa-apa.
“Kita adalah perempuan, hidupnya bukan bergantung pada lelaki semata-mata. Allah menciptakan kita dengan penuh keistimewaan. Tanpa kita mereka takkkan lahir ke dunia.   Kita takkan jatuh hanya kerana seorang lelaki.
Terasa air yang dingin menyirami hati Anisa. Muhasabah dirinya apabila mendengar kata-kata tersebut. Lantas Fariza dipeluk meluahkan lagi tangisannya . Habis basah tudung Fariza kerana air mata yang keluar. 

***

Anisa menguak daun pintu perlahan-lahan selepas pulang dari Masjid bersama Fariza dan rakan-rakan. Roomatenya Miza tidak berada dibilik kerana pulang ke kampung. Tenang dirasa selepas masalahnya beransur sepi. Alhamdulillah hari-harinya kini diisi dengan aktiviti bersama rakan usrah. Ukhwah diantara dia dan Fariza pula semakin erat. 
Sesungguhnya ukhwah itu menyimbah kebahagiaan pada hati Anisa kerana punya sahabat yang mengingatkan dia kepada Allah, kepada sirah Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang membangkitkan kekaguman pada dirinya untuk mencontohi mereka juga tentang tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah diatas muka bumi. Hakikatnya ia adalah pengabdian kepada Allah. Allah SWT berfirman: 
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah. 
Surah Adz-Dzariyat ayat 56
Firman Allah benar-benar memujuk hati Anisa. Terlalu didamba cinta seorang lelaki namun Cinta Allah pula entah kemana. Tekad dikuatkan agar hati lebih cenderung untuk mencintai Allah.
‘Cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjug kerana-Ku.” Orang yang bercinta kerana Allah berada diatas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungankecuali naungannya.”
                                                                                                (Riwayat Ahmad)

 Anisa merenung kembali bait lagu nyanyian Dadali . Part r/p menarik perhatian Anisa. Seolah-olah Fahmi yang menuturkan kata tersebut

semoga engkau kan mengerti 
tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai 

akan indahnya cinta 
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

Anisa senyum. Pening untuk mengerti hati lelaki bernama Fahmi. Mungkin Fahmi sudah dapat mengagak  bahawa dia telah mengetahui perkara yang telah berlaku. Tapi untuk memahami mengapa Fahmi boleh berubah adalah perkara yang cuba untuk dielakkan. Perasaan Fahmi yang sentiasa mahu difahami, dicintai, diingati cukuplah bersemak fikirannya memikirkan semula. Biarlah Fahmi dengan kehidupannya. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Fahmi dan juga dirinya sendiri agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Ya Allah pandu hati ini. Anisa perempuan. Anisa mahu bahagia dalam cinta menujuMu. Menjadi hamba-Mu yang bertaqwa  dan supaya Rasulullah bisa senyum melihat umatnya. Supaya ibu ayah punya saham akhirat yang besar kerana memiliki anak yang solehah, supaya keluarganya, dan semua yang disekelilingnya bersama disyurga.
“Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu adalah yang paling bertaqwa”.
                                                                                                (Surah al-Hujurat 49:13)

No comments:

Post a Comment